Tuesday, February 24, 2009

Gotong-royong mega 17/01/2009 -part 3


Makan sudah minum sudah, sekarang kita sambung keje.

Di lorong gelap Jalan 3G dan 3C.

Mandur-mandur sedang memerhatikan sdr. Azman bekerja.

Tu haaaa duk cekak pinggang semua.

Saudagar sedang mencongak-congak berapa agak-agak keuntungan untuk hari ini.

Hisap rokok tembakau cina,
Keluar asap berbunga-bunga,












Haaaaa tenguk kan bersih nie.
Nie kalu buat cuci keta mau dengan cat-cat sekali tanggal nie.










Ahli mesyuarat longkang.
Janto masih terkenang-kenang akan air sirap yang baru dinikmatinya tadi.
Tok ketua merenung jauh akan kareer politiknya yang sedang mula berkembang.











Suci dalam debu.
Bunga Seri Pagi
Keindahan yang tersembunyi di sebelah longkang yang busuk.





Sekonyong-konyong di waktu yang sama, sedang para bapa bermandi air longkang, ibu-ibu mula mengambil tempat menikmati juadah bersama-sama anak-anak.







Banyaknya yang tak habis, diorang nie tak makan ker?

Penat kitorang siapkan tau.

Kaum bapa diet kot.

(Dalam hati ... tah-tah aku masak tak sedap kot)


Di jalan belakang tadika Krista.


Uishhh dalamnya, gayat la.


Syamsul, jumpa tak ikan tadi tu?















Kepimpinan melalui teladan.
Adeh sakit pinggang aku.
Bole ker esok main golf nie.


weih azrul ganti ko laaa.


Aih ko buat la dulu aku reserved ajer.


Hari semakin tinggi.

Sudah hampir siap separuh longkang.


Part yang ni memang lama sikit sebab longkang tersumbat dengan simen yang keras, dan air banyak bertakung disini.


Boleh membiakkan nyamuk aedes.





















Dari sudut pandangan jauh.


(ceh alasan.... cameraman tgh duk bawah pokok nie)





Sah!
Warga 3E contoh.
Tadi cuma nampak kaki ngan selipar jepunnya ajer, skg kaki dan seliparnya pula yang tidak kelihatan.

Soalannya: Kaki yang manakah yang empunya badan ini?






Warning! Bahaya! Danger!


weih hati-hati tau kat sini ada pencawang elektrik.


eleh ko jer yang suka duk lepak kat situ, orang lain semua tengah sibuk buat keje nie ha.











Lelaki macho Jalan 3E.




Single lagi tu, bukan yang baju biru eh.
(kalau silap tolong betulkan)






errrr Tok Ketua jumpa tak ikan tadi.





















Kongsi kong yang tidak dapat dikenalpasti asal usulnya sedang menaikkan lumpur dari dalam longkang tersebut.









Weih Asrul takkan tenguk ajer

Ala ko pun sama jer Jam. Lagi tadi aku tenguk ko duk tercegat kat tepi tu konon-konon sungguh-sungguh sangat la buat keje tu.


Ishhh mana ada aku rilek, aku tulung tenguk nie haaa.










Sampah dan lumpur yang berjaya dikeluarkan dari longkang kemudiannya dimasukkan kedalam plastik hitam dan dikumpulkan di satu tempat yang sesuai.


Memang betul la si Jamadi tu tak tipu, kelihatan dia sedang 'dibantu' oleh sdr Halim (bukan Nuklear) memasukkan sampah kedalam plastik.









Kelihatan sampah yang telah dimasukkan kedalam plastik hitam, menunggu untuk diangkut ketempat yang sesuai.

Kelihatan juga Tuk ketua kita sedang berehat melepaskan lelah sambil minum air yang di bawa dari tempat makan-makan tadi.


eh si Jamadi mana .....


emmm dalam plastik hitam tu kot.







Ahli mesyuarat longkang sedang bersidai eh bersidang.


ha tu pun si Jamadi.













Ramai kelihatan telah keletihan duduk berehat ditepian teduh.

Tinggal yang bersemangat kental seperti Tuk Ketua, Jamadi dan en Jamil dari Jalan 3G masih meneruskan sisa-sisa kerja yang masih tinggal.


Hidup! Tuk Ketua, hidup! en. Jamil, hidup water jet.... kat Jamadi tak yah laaa takat nak cucuh air paip macam tu aje....




Brunch.


Setelah selesai gotong royong meliputi Jalan 3G, lorong belakang 3G/3C dan lorong belakang Krista peserta-peserta berehat seketika sambil menikmati juadah yang tidak berjaya dihabiskan oleh ibu-ibu dan anak.

dah cakap dah... memang banyak sungguh makanan pada masa itu.










Ye ye, keje dah abis.


emmm nak makan apa lak nie eh.


Waaa lotih sungguh eden.
Eden sapu lantai kapal pun tak pernah selotih hari nie ha, Win.














Pagi yang meletihkan pada 17/01/2009





Lokasi makan-makan telah dipindahkan ke hadapan rumah en. Jamadi.





Katanya senang nanti nak tapau.





Tamatlah sudah aktiviti gotong-royong di Dsentral Jalan 3E.

Segala salah dan silap harap dimaafkan.

Segala nukilan dan dialog-dialog hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena kepada yang hidup atau pun telah meninggal dunia.

Semoga kejiranan kita bertambah-tambah kemuafakatannya.

Ikan di laut

Asam di darat

Dalam periuk bertemu jua.

Kembali ke muka asal